Saturday 6 August 2011

Minda Parking Orang Malaysia

 
Shopping.....shopping.....beli barang dapur. Minyak (harga naik??), bawang, ikan sardin (harga lain-lain setiap tempat) dan macam-macam lagi. Punyalah sesak Family Store tu...kereta diparking sesuka hati. Yang parking belakang kereta orang berderet-deret. Ada orang kat dalam kereta tapi ada juga yang tiada. Yang lebih kreatif tinggalkan anak-anak dalam kereta tanpa pengawasan. Sebabnya nak beli barang sekejap saja. Yang peliknya, parking yang agak jauh dari kedai tu ada, tapi orang ramai lebih suka bersesak-sesak. Maklumlah, orang Malaysia dah tinggi kualiti kehidupannya. Kalau parking jauh sikit buang masa sedangkan masa itu emas.
     Itulah yang saya paling suka tengok cara kebanyakan orang Malaysia parking kereta. Minda mereka sangat kreatif. Parking di tempat yang paling dekat dengan tempat tujuan. Kalau boleh nak betul-betul dekat dengan pintu masuk. Yang lebih kreatif parking belakang kereta orang. Lepas tu pergi beli barang yang kononnya sekejap je terus bayar. Bukannya lama, sekejap je. Orang beriman kan selalu bersabar. Itu kata kita....kata orang belum tentu sama dengan kita. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.    
     Banyak sebenarnya risiko jika minda parking ini dibawa ke mana-mana. Ini menjadikan jalan dua hala menjadi satu hala  dan sesak teruk. Ini juga boleh menyemarakkan api pergaduhan, boleh menyebabkan kerugian jika terjadi kemalangan akibat bersikap seperti enau dalam belukar. Mereka sanggup berhabis wang pergi ke gim untuk mengeluarkan peluh tetapi tak sanggup berjalan sedikit untuk mengambil parking yang agak jauh.
     Apa kata minda parking ini kita ubah dalam kehidupan misalnya dalam kerjaya dan pendidikan. Kita menjadi orang yang gemar mendekati pintu ilmu dan pintu kerjaya. Bersesak-sesak mendengar majlis ilmu dan bertungkus lumus meningkatkan diri dalam kerjaya. Kita sanggup menghadapi risiko dan menghadapi rintangan demi tuntutan ilmu dan kerjaya. Belajar menerima bahawa perlu susah sedikit untuk mendapat sesuatu yang bermakna.
     Ini menjadikan kita insan berminda hebat, berjiwa hebat. Belajar mengikut undang-undang dan peraturan agar kita hidup selamat. Minda parking ini perlu diubah dan dinyahkan dalam kehidupan kita. Selamat belajar parking kereta!!!!!!
      

No comments:

Post a Comment