Sunday 14 August 2011

Pemintal Lidah & Pasangan MInimal


PEMINTAL LIDAH
Pemintal lidah dilaksanakan oleh guru bagi melatih murid menyebut perkataan yang hampir sama bunyinya.  Perkataan ini sama dari segi bunyi tetapi terdapat beberapa perbezaan konsonan dan vokal yang menjadikan perbezaan maksud bagi perkataan tersebut.  Aktiviti ini merupakan latih tubi perkataan dengan mengulang-ulangnya.  Ini dapat membantu murid menghafal, menyebut dengan betul dan tepat serta perkara yang disebut itu akan kekal dalam ingatan.  Latih tubi ini boleh membantu murid yang menghadapi masalah membunyikan fonem.  Ini merupakan latihan asas mendengar, membaca dan bertutur yang berkesan kepada murid. 
Contoh :
Kelemahan menyebut fonem /c/
§  Chah cari cincin cicir celah laci
Kelemahan menyebut fonem /j/
§  Johan jemput Joyah jalan-jalan jumpa Jothi
Kelemahan menyebut fonem /k/
§  Kuku kiri kaki kakak kena ketuk kayu keras
Kelemahan menyebut fonem /r/
§  Hari raya Ramlah ramai-ramai pergi ronda-ronda rumah rakan

6.4       PASANGAN MINIMAL
Latih tubi pasangan minimal bertujuan melatih murid menyebut perkataan yang hampir sama sebutan bunyinya tetapi mempunyai makna yang berlainan.  Pasangan kata ini mempunyai perbezaan kata yang kecil sahaja kerana melibatkan dua fonem yang berbeza.  Biasanya perkataan ini mempunyai bilangan suku kata yang sama tetapi perbezaan fonem ini  boleh mengubah maksud perkataan tersebut.
            Murid-murid yang dikenal pasti kurang mahir menyebut perbezaan fonem ini perlulah dilatih untuk menyebut perkataan ini berkali-kali agar sebutannya fasih dan betul.  Ini juga dapat membantu murid-murid yang pendiam, malu atau tidak yakin untuk bertutur.  Selain itu guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bersifat dua hala.
Contoh :
  satu                 -                       catu
  zip                  -                       jip
  curi                 -                       duri
  tarik                -                       carik
  kari                 -                       jari

No comments:

Post a Comment