Tuesday 23 August 2011

Penyeliaan Guru Pelatih

Tanya sama hati, seronokkah praktikum
Nanti jawab hati, rasa terhukum
Tulis buku rekod...tidur tidak cukup...
bahan bantu belajar perlu diangkut..



Berakhirlah sudah praktikum guru pelatih Semester 6 pada minggu ini. Setelah bertungkus lumus bersengkang mata selama hampir dua bulan mulai 4 Julai hingga 26 Ogos 2011 untuk memenuhi tugasan wajib sepanjang menjadi guru pelatih. Lengkaplah sudah praktikum kali kedua ini dengan membawa harapan mereka telah mendapat pendedahan, ilmu dan tunjuk ajar berguna yang telah diturunkan oleh para pensyarah kepada guru pelatih. Yang baik jadikan panduan, yang buruk jangan diulang.
          Cuba tanya pada diri sendiri adakah aku mendapat sesuatu daripada penyeliaan ini? Kalau jawapannya 'ya' bermakna proses pembelajaran sudah berlaku. Sedikit sebanyak pelajar-pelajar telah mendapat bekalan untuk dibawa ke hari yang lebih bermakna iaitu apabila sudah benar-benar dipanggil cikgu. Kalau jawapannya 'tidak' buatlah refleksi semula. Cari di mana silapnya sehingga dua bulan itu seolah-olah tidak membawa apa-apa makna. Yang penting jangan menuding jari menyalahkan sesiapa. Muhasabah diri untuk mencari jawapannya agar kita sentiasa berusaha menerima sesuatu dengan fikiran positif dan terbuka.

Senarai Semak Selepas Berakhirnya Praktikum
1.   Adakah saya puas hati dengan praktikum ini?
2.   Sejauh manakah saya benar-benar bersedia untuk menjadi cikgu?
3.   Cukupkah saya diselia oleh pensyarah?
4.   Mampukah saya mendidik anak-anak murid sehingga mereka faham apa yang saya ajar?
5.   Sabarkah saya melayan kerenah murid-murid?
6.   Bolehkah saya menyesuaikan diri dengan warga sekolah?
7.   Bersediakah saya untuk menerima perubahan dalam sistem pendidikan?
8.   Bersediakah saya memikul amanah dan tanggungjawab besar ini?
9.   Seikhlas manakah saya menjalankan tanggungjawab ini?

          Tepuk dada tanya selera...hanya kita yang tahu gelojak di hati dan putaran minda kita. Pensyarah hanya membimbing, selebihnya usaha sendiri. Walaupun jawapannya masih samar-samar kita perlu sedar bahawa kita mahu menjadikan manusia itu manusia. Nasib anak-anak di bangku sekolah itu terletak pada usaha dan kesungguhan kita menyampaikan ilmu. Tidakkah kita berasa seronok dan bangga apabila ilmu itu akan digunakan oleh murid-murid sehingga mereka menjadi manusia berguna? Ilmu itu mudah-mudahan akan berkembang biak bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Tetap diguna pakai walau ajal telah menjemput kita....


Guru Pelatih
Saya membimbing tiga orang guru pelatih major Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu, elektif mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Faiz dan Zufar di SK Taman Seroja dan Faris di SK Abu Bakar Baginda. Sepanjang saya menyelia mereka tidak pernah sekali pun mereka gagal menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Yang paling saya hormati ialah mereka sentiasa bersedia menerima kedatangan saya untuk diselia. Adakalanya saya meminta mengubah waktu untuk disesuaikan dengan jadual saya. Mereka tidak menolak. Ini antara kualiti yang kita mahukan dalam diri seorang guru....sentiasa sedia!!!

Bagaimana Guru Pelatih Saya Mengajar?
Baguskah mereka mengajar? Cemerlang ke???Ahaa...nama pun guru pelatih. Jangan dibandingkan atau disamakan pengalaman kita mengajar dengan pengalaman mereka yang baru setahun jagung. Itu tidak adil. Pensyarah pembimbing tugasnya membimbing, menasihati, memberi panduan dan menilai. Bukan untuk mencari salah sahaja. Letakkan diri kita seketika dalam situasi mereka. Selesakah kalau asyik dinilai dan dikritik sepanjang masa? Fikir-fikirkan...
          Kesimpulannya, ketiga-tiga mereka mempunyai kualiti cemerlang untuk menjadi seorang guru. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Faiz sentiasa bijak menggunakan pelbagai bahan bantu belajar menarik. Dia membuat permainan wayang kulit sehingga seluruh kelas menganga dan teruja. Pemilihan kad gambar dan penggunaan papan putih juga adalah baik. Cuma barangkali kekuatan suara Faiz perlu dimanipulasi untuk menggertak murid-murid agar akur dan patuh pada disiplin bilik darjah.
          Zufar sopan dan sentiasa cool. Dia terima (?) dengan senyuman waktu RPHnya saya conteng pada setiap langkah. Namun dia cepat belajar buat sebagaimana yang sepatutnya. Dia mula memahami fokus utama dan fokus sampingan dalam subjek minor. Sudah berfikir di mana mahu dimasukkan elemen tatabahasa dalam langkah pengajaran. Zufar bijak memilih permainan menarik. Diajaknya        







   

No comments:

Post a Comment